Rabu, 20 Jun 2012

MULTIMEDIA

Apa gunanya sistem Multimedia?


Sebuah komputer tanpa suara atau bunyi sudah tidak boleh diterima lagi. Permainan komputer tidak akan terserlah atau tidak boleh dimainkan langsung tanpa ada sokongan audio.

Ada tiga jenis kad bunyi iaitu kad bunyi untuk slot ISA, slot PCI dan kad bunyi bersepadu. Kad bunyi jenis slot ISA sudah tidak ada lagi atau dengan lain perkataan sudah pupus. Untuk pengemar permainan komputer, kad bunyi seperti Sound Blaster Live Value dengan perisian yang canggih, menjadi pilihan. Perisian pihak ketiga dapat juga digunakan untuk perkara yang sama, terutama mendengar lagu dalam kumpulan MP3.


Pembesar Suara dan Mikrofon


Pembesar suara juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kesan audio dalam sesebuah komputer. Sekitar 1000 watt ke atas dan mempunyai dua pembesar suara satelit dan satu sub-woofer sudah cukup berkesan. Jenama pembesar suara Altec Lansing atau Creative Cambridge SoundWorks sudah tidak asing lagi dalam dunia komputer. Mikrofon dilekatkan ke kad bunyi (mic) boleh digunakan untuk berkaraoke dan berbual dengan pengguna komputer lain melalui sambungan Internet.

Dua jenis kad ditunjukkan iaitu dalam rajah A kad bunyi jenis PCI dan rajah B jenis kad bunyi bersepadu. Berbagai-bagai jenama kad bunyi yang bersesuaian di hati boleh dipilih, hanya wang menjadi sempadan.

Kad bunyi jenis bersepadu dibina untuk pengguna biasa dan kebanyakan kad bunyi kini dalam bentuk demikian. Kesan bunyinya cukup memuaskan dan boleh menandingi sesetengah kad-kad slot tambahan. Rajah C ditunjukkan manual dan driver CD-ROM yang dibekalkan.






Pemasangan Sistem Multimedia


Perkakasan yang diperlukan


Pemasangan sistem multimedia memerlukan Pemacu CD-ROM, sebuah. kad bunyi, sepasang pembesar suara, mikrofon sekiranya perlu dan perisian audio yang biasanya dibekalkan bersama kad bunyi. Sebelum ini, pemacu CD-ROM telah dipasang, dengan itu pemasangannya tidak akan dibincangkan di sini. Tutupkan suis komputer sebelum memulakan pemasangan. Pilih satu slot PCI yang kosong dan masukkan kad bunyi dengan cermat. Setelah itu skrukan kad bunyi agar ia kukuh di slotnya. Mulakan komputer semula, sistem akan mengesan kad bunyi yang baru dipasang sekiranya ia jenis PnP. Ikut arahan sistem, masukkan 'driver' dari pembekal kad di pemacu A atau di pemacu CD-ROM dan tunggu sehingga selesai.


Kad Plug and Play dan kad bukan Plug and Play


PnP atau Plug and Play ialah satu teknik yang baik dan mudah untuk pemasangan sesuatu perkakasan. Sistem operasi seperti Win98 dapat mengesan komponen yang mempunyai daya PnP, pemasangan akan menjadi mudah, cepat dan tepat.

Sekiranya kad bukan jenis PnP, pemasangan harus dilakukan secara manual. Mulakan dari Add New Hardware di Control Panel dan ikut arahan komputer dari mula hingga akhir. Sediakan pemacu dari pembekal untuk mendapatkan pemasangan perisian yang tepat. Tutup komputer dan pasang semula bagi sistem menerima pemasangan kad tadi. Dalam proses komputer memulakan program, akan terdengar nada pendek (event sound - Open Windows) menandakan pemasangan berjaya. Perhatikan bawah skrin kanan ada ikon pembesar suara sebagai mengesahkan kejayaan itu. Sebelum terlupa, pasangkan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CD-ROM bagi tujuan mendengar CD lagu. Tanpa kabel tersebut, lagu dari CD tidak akan kedengaran.


Jenis-jenis kabel audio


Kabel audio atau boleh juga dipanggil kabel signal data audio dibekalkan bersama pemacu CD-ROM. Ada dua jenis sambungan kabel audio, pilih atau tukar kabel berkenaan bersesuaian dengan perkakasan yang digunakan. Anggaran harga kabel ialah RM10.00.

Sebuah komputer yang tidak mempunyai sistem multimedia, seolah-olah  sudah ketinggalan zaman. Tren sekarang, sebuah komputer harus dilengkapi dengan set multimedia yang secanggih-canggihnya.

Kad bunyi yang baik seperti SoungBlaster PCI 128 3D berserta pembesar suara Altec Langsing terpilih dapat mengubah sebuah PC kepada satu sistem audio yang paling hebat.

Sekiranya ingin menukarkan kad bunyi dengan yang baru, pastikan dibuang fail pemacu (driver) kad lama sebelum membuat pemasangan untuk mengelakkan masalah konflik. Klik My Computer, klik Control Panel, klik System dan akhir sekali klik Device Manager. Tanda komponen dan buang driver dari tetingkap Device Manager berkenaan. Pasang semula driver kad baru seperti yang telah ditunjukkkan sehingga berjaya.





Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP


Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP harus dilakukan secara manual. Setelah kad dimasukkan di slot papan induk, hidupkan komputer dan buat tindakan yang seterusnya.


 









Ada dua kemungkinan di peringkat ini, iaitu sama ada sistem mencari perkakasan atau pengguna memilihnya sendiri. Sekiranya terdapat perkakasan dalam senarai, buat pilihan dan terus ikut arahan sistem. Seandainya tiada, ambil tindakan dengan menandakan satu titik dalam bulatan seperti nombor 6 di bawah.


 









Klik Have disk dan tetingkap 'Install from disk' akan terpapar. Masukkan driver yang diberi oleh pembekal kad bunyi berkenaan di pemacu A atau D (disket atau CD-ROM) dan lakukan seperti berikut:

Taip A:\ atau D:\ dan klik Browse. Pilih pemacu kad dan ikut arahan sistem sehingga selesai. Klik Finish untuk tamatkan pemasangan dan restart komputer.

Nota:

Panduan di atas akan berubah mengikut sistem operasi yang digunakan. Yang penting membaca arahan demi arahan dengan berhati-hati dan membuat tindakan mengikut yang diperlukan.





Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CDROM


Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke panel belakang audio pemacu CD-ROM perlu bagi mendengar lagu dari CD. Permainan VCD tidak memerlukan sambungan kabel audio ini sebaliknya suara terus dipancarkan dari kad bunyi ke pembesar suara.

Salah satu kabel audio jenis C atau D dipasang terus ke papan induk bagi kad bunyi bersepadu seperti dalam rajah A dan B.

Kabel audio yang dibekalkan bersama pemacu CD-ROM kadang kala tidak sesuai digunakan. Kabel audio lain terpaksa dicari ganti dengan anggaran kos di antara RM5 hingga RM10.



Ikon Pembesar Suara Windows


Setelah selesai membuat pemasangan kad bunyi, restart komputer, satu ikon pembesar suara akan dipaparkan bawah kanan monitor seperti dalam bulatan C.

Sekiranya ikon tiada, pemasangan dibuat dengan mengklik ikon Multimedia di laman Control Panel dan tanda D seperti dalam rajah B. Kalau tidak bedaya dan petak D nampak kelabu, bererti pemasangan kad bunyi tidak betul dan terpaksa diulang sekali iagi.


 
























 

















Masalah Tiada bunyi

Rajah paparan Desktop A Windows dan sebahagian tetingkap Master Volume E ditunjukkan

Tiada bunyi

Sekiranya tiada bunyi dari pembesar suara, ada dua tempat yang boleh diperiksa untuk membetulkan keadaan. Sebelum itu, pastikan suis pembesar suara telah dipasang dan kabel signal audio pembesar suara dilekatkan dengan kemas di laluan audio out kad bunyi.

Pertama sekali, klik kanan tetikus di atas ikon pembesar suara B, satu tetingkap kecil Volume akan keluar seperti dalam rajah A. Pastikan tidak ada tanda di petak Mute C dan kalau ada, harap buangkan.

Kedua, klik kiri tetikus di atas ikon pembesar suara, satu panel D kecil akan muncul dan klik pula ruangan Open Volume Controls untuk satu panel tetingkap E. Pastikan sernua petak Mute tidak ditanda dan kalau ada buangkan seperti di atas tadi.

Selasa, 19 Jun 2012

INTERNET


Internet

Internet (internet) dengan huruf kecil adalah singkatan dari internetwork bermaksud rangkaian komputer setempat untuk menjadi landasan pemindahan data antara satu sama lain. Internet (Internet) dengan huruf besar bererti sebuah rangkaian global dan lebuhraya yang menggunakan protokol TCP/IP untuk berkomunikasi secara menyeluruh. Apa saja yang difikirkan atau terlintas di hati, maklumatnya ada di Internet, yang baik dan yang buruk sama banyak, cuma pandai-pandailah menjaga diri. Semasa melayari Internet, fahami sebab tindakan dan awasi setiap maklumat yang mungkin dipaliti virus, walaupun ia nampak nan murni.

Protokol  56Kbps, x2 dan V90

Untuk rnelayari Internet dari komputer peribadi, perkara-perkara yang diperlukan seperti modem, akaun ISP TMnet atau Jaring dan yang paling penting talian telefon yang berfungsi. Modem kini datang dengan kelajuan 56Kbps (kilobit sesaat) atau dipanggil 56K sahaja. Modem 33.6K sudah tidak dikeluarkan lagi. Bagi modem 56K, ada dua protokol yang menjadi kontroversi iaitu x2 dan 56Kflex, harus diberi perhatian semasa membeli modem. Kedua-dua protokol ini adalah standard yang digunakan bagi penghantaran data dengan modem. Protokol V90 dipersetujui bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setakat ini, modem yang mempunyai protokol K56flex dengan V90 paling popular.

ISP bermaksud Penyedia perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan seperti namanya amat jelas menerangkan perkhidmatan khusus yang diberi. Terdapat beberapa ISP di Malaysia, antaranya TMnet yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan Jaring oleh Mimos. 

Apa itu modem?

Perkataan modem diambil dari singkatan modulator dan demodulator. Kombinasi perkataan itu bermaksud signal digital dalam komputer ditukar ke analog (modulation) dan menukar balik dari analog ke signal digital (demodulation), Contoh mudah, dua buah komputer yang disambungkan dengan modem melalui talian telefon untuk menghantar dan menerima signal. Lihat Rajah.  Modem bertindak sebagai perkakasan antaramuka (interface) di antara komputer dan ISP. Talian telefon sebagai media untuk penghantaraan data secara analog. Semasa melayari Internet, komputer memproses semua maklumat dan dibentangkan di skrin monitor dalam bentuk laman web berpangkinkan sistem operasi Windows.

Senario pertukaran data antara dua modem

Apa yang berlaku?


Signal digital (data) dari komputer A akan ditukarkan oleh modem menjadi signal analog (bunyi) dan dihantar melalui talian telefon. Modem penerima akan menukarkan signal analog kepada signal digital dan diproses oleh komputer penerima B. Begitulah juga yang akan berlaku bila ada pertukaran data dari komputer B ke komputer A.







 















Modem luar (External modem)

Modem luar dipasang di port COM2 dengan kabel yang dibekalkan. Sekiranya komputer menggunakan sistem operasi Win95 atau Win98, modem yang mempunyai kelebihan PnP (Plug and Play) biasanya dikesan dan pemasangannya amat mudah sekali. Semasa pemasangan dibuat, modem luar perlu dihidupkan agar ia dapat dikesan. Gagal berbuat demikian, sistem operasi tidak dapat mengesan modem dan pemasangan terpaksa diulang.

DSP
Modem luar biasanya agak laju dari modem dalam kerana ia memproses dan menghantar signal tanpa bantuan CPU. Modem jenis ini dipanggil modem DSP yang bermaksud 'digital signal processor'. Terdapat satu jenis lagi modem luar yang menggunakan USB sebagai penyambungnya. Dengan cara ini, kelajuan ditambah hampir 10 peratus dari modem yang dipasang di port COM2. Modem USB boleh digunakan sekiranya papan induk ada penyambung komponen tersebut. Modem USB, seperti rakannya modem dalam, memerlukan bantuan CPU untuk memproses signal.


Modem dalam (Internal modem)

Berlainan pula dengan modem dalam, konfigurasinya agak rumit sedikit. Ada tiga jenis modem dalam iaitu yang menggunakan slot PCI, slot ISA dan slot CNR. Modem slot PCI (bas 32-bit) lebih baik jika dibandingkan dengan slot ISA (bas 16-bit) kerana kelajuan penghantaran data. Walau bagaimanapun modem jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi. Dari segi cara pemasangan, ketiga-tiganya tidak ada perbezaan.

HSP

Modem slot CNR (Communication Network Riser) yang dibekalkan bersama papan induk, biasanya ditulis huruf M di luar kotak perkakasan berkenaan untuk menyatakan kemudahan itu. Lihat Rajah.  Modem dalam dipanggil HSP iaitu host signal processor, perlu bantuan CPU untuk memproses signal dan dengan sendirinya cuma boleh berkerja dengan CPU yang berkuasa umpamanya Pentium Celeron 400MHz ke atas. Sebelum membeli, cuba pastikan kehendak modem dan kemampuan komputer bersesuaian.


 

Modem luar dan aksesori


Modem luar lebih laju dari modem dalam dari segi penghantaran data. Ini disebabkan modem luar tidak memerlukan bantuan CPU untuk melakukan Penghantaran data. Sebaliknya modem dalam yang memerlukan bantuan CPU, proses penghantaran data akan menjadi lambat. Untuk menyelesaikan masalah ini, komputer harus mempunyai sistem yang laju.

Semasa mendapatkan modem, pastikan dibekalkan manual pemasangan, driver CD-ROM (cakera padat bersama perisian pemacu perkakasan), adapter, kabel sambungan modem ke COM 2 dan kabel telefon modem sepanjang satu meter.

Modem dalam dan aksesori


Modem jenis slot ISA sudah pupus atau ruyup, Modem slot PCI, modem luar (port COM 2 dan port USB) dan modem jenis bina dalam atau bersepadu, banyak boleh didapati. Aksesori seperti manual, driver CD-ROM dan kabel telefon sepanjang dua meter dibekalkan bersama modem.

Dalam rajah A, papan induk yang mempunyai modem bersepadu, akan disediakan kad modem untuk diletakkan di slot CNR (Communication Network Riser) seperti rajah B.


Pemasangan modem


Setelah memilih slot mengikut jenis modem, pemasangan boleh dimulakan. Pertama sekali, pemilihan communication port harus dibuat. Pemasangan communication port atau port maya untuk komunikasi (virtual port), hanyalah dalam perisian sahaja dan tidak ada pengunaan kabel secara fizikal.

Modem jenis PnP (Plug and Play) biasanya dikesan oleh sistem operasi dan amat mudah pemasangannya iaitu dengan mengikut arahan sehingga tamat. Restart komputer untuk modem boleh beroperasi dengan baik.

Modem bukan PnP

Pemasangan modem bukan PnP harus dilakukan langkan demi langkah. Cara-cara konfigurasi modem dalam jenis bukan PnP dengan sistem operasi Win95 atau Win98 seperti di bawah. Walau bagaimanapun kebanyakan modem kini boleh dikesan (Plug and Play) bagi memenuhi syarat mesra pengguna.

  • Klik My computer dalam laman Desktop, klik Control Panel dan klik Add New Hardware.

  • Klik Next, pilih No dan klik  Next untuk memilih jenis perkakasan yang hendak dipasang.

  • Pilih Ports (COM & LPT), klik Next untuk memilih port sama ada dari Windows atau dari konfigurasi CD-ROM pengeluar.

  • Klik Next lagi sehingga Finish dan komputer mempamerkan skrin Restart. Jangan restart lagi, sebaliknya buat pemasangan modem.

  • Klik ikon modem dalam laman Control Panel, klik Add, tanda petak tidak mengesan modem, klik Next dan klik Have disk. Masukkan disket driver yang dibekalkan dan gabungkan port dan modem tersebut.

Setelah selesai, komputer direstart untuk sistem menerima konfigurasi Baru itu. Klik modem untuk tujuan menguji dan keputusannya boleh diterima pakai sebagai mengesahkan modem boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya.

Seperti yang sedia maklum, modem harus disambungkan ke talian telefon untuk ia berfungsi. Di belakang modem, satu laluan bertanda Phone disambungkan ke telefon dan satu laluan lagi yang bertanda Line disambungkan ke talian telefon. Untuk modem luar, sambungkan kabel data di belakang modem dan sebelah lagi ke port COM 2 di belakang komputer.




Menguji modem


Untuk menguji modem dengan sistem operasi Windows, ikut panduan seperti di bawah. Ini dilakukan sebagai langkah awal menguji modem (ujian dalaman) tanpa sebarang sambungan luar.

  • Klik My Computer dalam laman Desktop.
  • Klik ikon Control Panel (Panel Kawalan).
  • Dalam laman Control Panel, klik ikon Modems dan skrin A seperti di atas akan keluar di skrin.
  • Klik tab Diagnostics B, skrin C akan muncul.
  • Tanda COM 4 di mana modem telah dipasang sebelum ini, klik butang More Info D dan tunggu keputusan ujian. Tetingkap kecil E akan terpapar buat seketika sementara menanti keputusan di skrin F.


 
























 




Dengan paparan di atas, ini bermakna modem lulus ujian awal dan pemasangan akaun Internet boleh dimulakan.

  • Klik butang OK untuk balik ke Menu utama.
  • Klik butang OK sekali lagi untuk keluar dari tetingkap Modems.

Sekiranya tidak mendapat respon seperti di atas, sebaliknya dipaparkan mesej port kommunikasi tidak dapat dibuka, buat pemasangan driver modem semula. Sebelum itu, tanda modem di tetingkap A dan klik butang 'Remove'. Pasang semula driver, restart komputer dan uji modem seperti yang telah dilakukan sehingga berjaya mendapat tetingkap F.

Dalam CD-ROM yang dibekalkan, beberapa driver disediakan untuk peibagai sistem operasi, pilih driver yang sesuai dengan sistem operasi yang digunakan. Kadang-kadang untuk menjimatkan kos, pengeluar akan memuatkan semua driver dari senarai modem keluarannya dan ini akan menjadi satu masalah kepada sesiapa yang baru belajar memasang modem. Untuk tidak membuat kesilapan dan menyelamatkan masa dan tenaga, baca manual sama ada dalam bentuk buku atau dalam CD-ROM yang dibekalkan. Fail dalam CD-ROM biasanya atas tajuk 'Readme.txt' dan boleh dibuka dengan Notepad.



Pemasangan akaun Tmnet


Untuk pemasangan program Internet, pertama sekali dapatkan akaun Tmnet atau Jaring, mengikut pilihan  masing-masing. Bagi akaun Tmnet, pendaftaran dibuat di mana-mana Pejabat Telekom Malaysia terpilih. Dua perkara yang harus disediakan, User ID dan kata laluan. ID (Identification) pengguna adalah nama yang juga akan digunakan pada e-mel. Sediakan sekurang-kurangnya tiga ID pengguna sekiranya nanti terdapat persamaan nama yang telah didaftarkan. Contoh-contoh ID pengguna seperti 'zoman', lana2001' dan 'gadiscun'. Untuk kata laluan pula, campur adukkan huruf dan angka bagi merumitkan untuk dikesan atau diteka. Contoh-contoh kata laluan seperti '3aetoOn', 'r04awa3' dan 'uOt4maun'.

Mengenai bayaran, perlu perihatin kerana kadang-kadang terdapat skim tawaran istimewa. Apa yang akan diberi, sebuah CD-ROM yang mengandungi pemasangan mudah (Install wizard) dan browser Internet, sama ada Netscape atau Internet Explorer.



Dial-up Networking


Setelah semuanya selesai, baru dibuat pemasangan akaun Tmnet. Sekiranya ikon Dial-up Networking tidak ada dalam tetingkap My Computer, pemasangannya harus dilakukan dengan membuka Control Panel, Add/Remove Program, klik Windows setup, Communications dan Details. Tanda petak Dail-up networking dan klik OK Sediakan CD-ROM versi Windows yang bersesuaian bila diminta sistem.

Melayari Internet boleh dibuat setelah beberapa hari atau 24 jam mengikut perjanjian yang diberi. Jadi harus bersabar menunggu untuk mencuba pemasangan akaun yang telah dibuat itu.  Juga bersedia untuk membayar 2.5 sen seminit, 1.5 sen kos bil telefon dan 1 sen kos akses Internet (Tmnet).

 




 
Panduan memasang akaun Internet seperti dibawah:
  • Klik ikon My computer dalam Desktop dan klik Dial-Up Networking.

  • Klik Make New Connection, paparan A akan muncul. Di skrin A, pilih jenis modem yang dipasang sebelum ini dan klik Next untuk ke skrin B.

  • Di skrin B, masukkan nombor telefon 1515 (TMnet) dan klik butang Next untuk ke skrin C menandakan tindakan peringkat awal tamat.

  • Akhir sekali, klik butang Finish dan akan terjadi satu ikon My Connection dalam laman Dial-Up Networking.



 


Panduan pemasangan akaun TMnet seperti di bawah.

  • Di dalam laman Dial-Up Networking, klik sebelah kanan tetikus atas ikon yang baru dicipta iaitu New Connection.

  • Klik Properties A untuk skrin seterusnya.

  • Klik Server Types B untuk membuka pilihan berkenaan. Dalam ruangan Server Types B, kosongkan semua kotak-kotak kecuali kotak TCP/IP seperti yang telah dilakukan. Selepas itu klik butang TCP/IP Settings ... C untuk tindakan seterusnya.

  • Tanda butang radio di ruangan Specify name server address D dan masukkan maklumat ISP dalam kekotak teks Primary DNS E seperti yang telah dilakukan. (Nombor DNS TMnet: 202.188.0.133 dan 202.188.1.5).

  • Setelah selesai, klik butang OK dua kali untuk ke panel Dial-Up Networking. Klik kanan tetikus ikon My Connection dan pilih Create Shortcut supaya satu ikon My Connection akan berada dalam laman Desktop bagi memudahkan penyambungan ke Internet bila hendak digunakan nanti.

Sebelum melayari Internet, pastikan ada maklumat-maklumat ini (A dan B) di ruangan Network dan System di laman Control Panel. Tiga maklumat ini penting bagi membolehkan sambungan dial-up ke Internet menggunakan talian telefon biasa.

Kalau tidak ada maklumat tersebut, klik butang Add ... (C) dan masukkan Adapter serta Protocol dengan memilih Microsoft seperti contoh di skrin Select Network Protocol D. Setelah memilih Microsoft Network Protocol dan lepas itu Microsoft Adapter, klik OK untuk menerima kedua-dua pilihan.




Sambungan ke Internet



 
Setelah selesai membuat konfigurasi, hidupkan semula PC dan klik Icon My Connection. Jangan lupa menyambung talian telefon ke laluan Line modem dan menaip maklumat seperti tetingkap di atas. Guna nama pengguna dan kata laluan yang telah dipilih. Telefon tidak perlu dipasang di laluan Phone sekiranya tidak dikehendaki. Ia tidak menyumbang apa-apa bantuan semasa sambungan hendak dibuat. Klik butang . Connect untuk mendapatkan sambungan ke ISP. Sekiranya berjaya, Icon telefon rangkaian akan tertera bawah kanan skrin sebaris Bartugas (Taskbar).






Ruang Cakera Keras untuk Cache

Untuk melayari Internet, cakera keras harus mempunyai sekurang-kurang 20MB ke 30MB ruang storan. Ini kerana semasa melayari Internet, setiap laman yang dilawati akan disimpan dalam cakera keras pada bahagian cache. Kekurangan ruangan cache boleh membuat aktiviti ke Internet perlahan.

Sambungan ke Internet dimulakan dengan tetingkap di atas. Ia cuma menyambungkan dengan ISP sahaja, tidak lebih dari itu, Setelah berjaya sambungan ke ISP dengan kemunculan satu ikon telefon rangkaian di Bartugas bawah kanan desktop dan untuk melayari Internet perlu menggunakan program perisian pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Netscape dan Opera. Untuk menghantar dan menerima mel elektronik (emel), program seperti Outlook Express, Netscape Messenger atau Edora boleh digunakan.




Ikon sambungan Internet Win98.


Bila bejaya ke Internet, ikon dalam bulatan A akan terpapar di bawah kanan Windows. Banyak maklumat boleh didapati dari ikon tersebut.

Apa yang boleh tetikus, letakkan kursor (cursor) di atas ikon berkenaan dan skrin B akan muncul menunjukkan status sambungan ke Internet. dilihat adalah penghantaran dan penerimaan data dalam kiraan bait serta kelajuan dalam kiraan bit sesaat.

Klik ikon dengan kanan tetikus dan skrin C akan terpapar. Klik ruang Status untuk melihat kedudukan sambungan ke Internet dan jumlah masa yang telah digunakan seperti dalam panel D.


Nota:
Maklumat di atas di dapati dari ujian modem dalam 56K berprotokol V90.







Isnin, 18 Jun 2012

PERKAKAS KOMPUTER



Perkakasan Komputer

Aksesori Papan Induk
Semasa mendapatkan     papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan diberi.  Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di bawah.  Senarai penuh perkakasan seperti berikut:
—         Papan induk dan manual.
—         Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin
—         Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).

—         Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan atau kabel penyambung port permainan sahaja.

—         Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).

—         Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad berkenaan jenis bina dalam).


—         Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di papan induk sekiranya ada kemudahan itu.

  







 Pilihan 'ATX Form Card'
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image008.jpg 
Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared' (IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port USB.

Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.
LAN Network Adapter
Extension

Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN Network Adapter Extension Bracket) dan harus dibeli berasingan.  Pastikan juga papan induk ada sarnbungan berkenaan.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image010.jpg Contoh papan induk ATX Slot 1 dan Socket 370 untuk kebanyakan CPU jenis Intel.  Papan induk Slot 1 sudah agak berkurangan kini.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image012.jpg  
Kelebihan papan induk ATX

Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image014.jpg 
Jenis-jenis Papan Induk

Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih dan dibina menjadi sebuah komputer klon.  Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk dengan huruf  V, S, M dan L menunjukkan pada komponen dibina di dalam papan induk berkenaan. Huruf V bererti kad      video, S bererti kad bunyi (sound), M bererti kad modem dan L bererti kad network (Line) atau kad rangkaian.

Jenama-jenama papan induk klon yang popular seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte dan lain-lain lagi.

CPU

Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300 transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih 28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz. Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi menyokong RAM yang berbeza.

AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini, AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan informasi diproses dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira. Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan sistem sesak.



CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)

Apa gunanya CPU?

CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT.

Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb.  Biasanya maklumat cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di laman Web syarikat berkenaan.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image017.jpghttp://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image018.jpg 

Terdapat CPU yang dijual tanpa kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil penjual (dealer) untuk penjimatan kos.  Harga CPU agak murah kerana tiada bungkusan yang terlibat.

CPU direka dengan jenis socket (papan induk) yang bersesuaian untuknya.  Socket 3 dalam rajah 2 digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali mungkin masih digunakan di rumah-rumah.

Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar ganti.  CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan berprestasi sederhana.  CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.


CPU Intel dan AMD
Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap dan canggih.  Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.

Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan 3Dnow.  Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel.  Begitu juga program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.

Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal.  Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat.  Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user).  CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa.  Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing.  Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.

Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang ada.  Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi.  Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.

Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya.  Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya.  Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di pasaran.

Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran masa.  Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image019.jpghttp://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image021.jpg 
  
* Tanda bintang dan laman kelabu rnenunjukkan senari papan induk dan  CPU terkini iaitu maklumat pada Sep200l.


FSB bermaksud Front Side Bus iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan rnengambil data sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.


Kotak komputer (Casing)

Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk.  Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya.  Dua

bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX.  Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar.  Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V. 


Aksesori Kotak Komputer

Semasa mendapatkan kotak komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah.

Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih
 Kabel kuasa
4 lapik getah dan 4 plag kecil
Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik


http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image023.jpg 


http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image025.jpg 

Rajah di atas menunjukkan pandangan panel depan  kotak komputer berbagai bentuk.

Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower.  Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan Desktop.  Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.


Diperhatikan tren kini, saiz kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian padat.  Kebaikan tren berkenaan, ia mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image027.jpg 



Voltan yang digunakan di Malaysia ialah 240V AC dan mengiklit peratus antara +5% dan -10%, ia boleh berligar dari 216 V AC hingga 252 V AC.

Jangan sesekali menukarkan ketetapan atau setting di belakang kotak bekalan kuasa kepada bacaan 112V AC.  Kebanyakan unit bekalan kuasa kini sudah menghapuskan pilihan ini.

Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah kotak komputer.  Rajah B dan C menunjukkan cara-cara pemasangan lapik getah berkenaan.



Unit Bekalan kuasa AT dan ATX

Apa gunanya bekalan kuasa?
Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk menjalankan kenderaan.  Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan bekalan kuasa bateri.  Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan.  Bekalan kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan.  Jangan sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi.  Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya.

Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current).  Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini memerlukan unit bekalan kuasa sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas kotaknya.  Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan.  Ia juga dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4.

Kelebihan bekalan kuasa ATX
Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image030.jpghttp://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image031.jpg 


Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT.  Terdapat antara tiga atau empat sambungan kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak kornputer.

Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas.  Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah.

Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX dipasang terus ke papan induk
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image033.jpg 
Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter.

Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC.  Voltan output masih dalam gelombang AC.
Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus sama seperti gelombang AC.
Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan.

Nota:
Voltan +3.3V dan -3.3V hanya terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja.

Amaran
Jangan membuka penutup unit bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup.  Sekiranya rosak, beri pada juruteknik komputer yang berpengalaman atau tukar sahaja dengan yang baru.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image035.jpg 


RAM

Memory
RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera keras.  Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam.  Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna.

SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM.  RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.

DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di slotnya.  SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image036.jpg 


RAM kecil A dalam rajah di atas digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486.  Ia mempunyai sebanyak 30 pin dan sekarang tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus.

RAM B yang kedua sama ada jenis Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out) mempunyai sebanyak 72 pin.  RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM untuk papan induk 486.

RAM C dipanggil SDRAM mempunyai sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370, Slot 1 dan Pentium III.  SDRAM ada beberapa jenis kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz mengikut sistem bas di papan induk.  RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan lagi atau dikira sudah pupus.

RAM  Terkini

Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM.  Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan.  Kemampuan BIOS dan cipset di papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi.  Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM Yang kian canggih kini.  Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:


SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III.  Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi.  Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133).  Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan 256MB.  Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.


DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda lebih laju.  Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz.  Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri.


RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDR-DRAM.  Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423.  Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.




Cakera keras dan cakera liut

Apa pentingnya storan?

Sebuah komputer seharusnya mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program aplikasi, utiliti dan sebagainya.  Di sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang berwibawa.


Cakera keras

Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca, menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya.  Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya.  Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat.  Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak.  Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya.  Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows.  Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini.  Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi.  Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya.  Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras.  Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.


Cakera liut atau disket

Satu lagi storan yang masih digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu cakera liut.  Cakera liut atau 'floppy disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan dengan storan lain.  Walau bagaimanapun ia masih digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil yang penting.  Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia mudah rosak.  Perkara-perkara yang harus diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar matahari, debu, habuk rokok, air, sentuhan jari di permukaan cakera dan timbunan sesuatu beban.  Jika tidak digunakan, masukkan disket ke dalam kotak asalnya.



Cakera keras

Apa yang hendak dicari pada cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek time).  Contoh rpm, transfer rate dan average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan 11 millisec mengikut susunan.  Lagi tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya. -Pengeluar-pengeluar cakera keras yang popular ialah Seagate, Quantum, Maxtor, Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-lain lagi.  Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB tetapi tidak akan dibincangkan di sini.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image038.jpg 


Pemacu cakera keras di atas dibuka untuk melihat komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai demo sahaja.  Ia tidak harus dibuka sama sekali.

Makna jargon ciri-ciri cakera keras seperti berikut:

RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute.  Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400 atau 7200 pusingan seminit (rpm).  Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat informasi dapat dicari.

Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan.

Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.

IDE atau SCSI?
Ada dua IDE slot yang terdapat di atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera optik.  Kabel reben 40 pin diperlukan untuk tugas itu.  Ada dua jenis kelajuan cakera keras yang beraskan IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100.  Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan untuk permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah dilengkapi BIOS menyokong antaramuka itu.  Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus digunakan untuk sambungan tersebut.

SCSI pula memerlukan satu kad antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak mahal untuk pengguna rumah.

1 G (giga) bererti 1,000,000,000 (seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary digit), I GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan 1,073,741,824 bait (bytes) Satu bait

terdiri dari 8 bit.  Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu 'bait’ ialah satu huruf, angka atau aksara (character).


Apa yang mengelirukan?
Kekeliruan bacaan jumlah bait cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan.  Contohnya, sebuah cakera keras bermuatan 10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows.  Apa yang sebenarnya teriadi?  Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai 1,000,000 bait dan bagi fdisk pula yang menggunakan sistem binary, jumlah bait sebanyak 1,048,576 tepat.  Bila dibahagi 10.2GB iaitu 10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan 9.727GB saja.  Apa yang dikesan oleh Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh sektor but dan fail-fail sistem FAT.
Pemacu cakera liut


Pemacu cakera liut

Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan memadam.  Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer.  Kalau tidak berjaya, sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan kemas.  Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi.  Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.

Penjagaan pemacu cakera liut
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image040.jpg 
Cara #1
Satu atau dua titik cecair kimia seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket.  Dapatkan prom DOS, pilih pemacu A dan setelah masukkan disket pencuci, tekan Enter.


Cara # 2
Sekiranya sudah dalam Windows, klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi.


Dua perkakasan yang boleh dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah  cakera keras dan pemacu disket.  Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut masih setia dengan disket tradisinya iaitu disket 1.44MB.


Cakera keras
Cakera keras dianggap sebagai sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu perisian. la diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras berkenaan boleh memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan aksara.

Pemacu cakera liut atau pemacu cakera layut
Perkakasan kedua ialah pemacu cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu storan iaitu disket 1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis.



Bahasa komputer: Apa itu bit dan apa itu bait?

Komputer akan berkomunikasi dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital.  Litar logik yang mengandungi kumpulan transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala dan padam.  Keadaan 'On' atau 'Off ini dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer.  Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) yang bererti satu huruf, angka dan aksara.  Jumlah kombinasi lapan bit ini mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard Code for Information Interchange.

Bit dan bait

Terdapat berbagai-bagai nama bait seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya, 1KB bererti 1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa.  Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10 (2 X 2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait.  Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit sehingga 1GB dan jumlah bait sebenar.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image042.jpg 

Memahami binary penting kerana kebanyakan perkakasan dalam komputer sedikit sebanyak akan menyentuh mengenainya.  Perkakasan seperti memori (RAM), RAM di kad video, storan cakera keras, cakera padat (CD) dan cache di papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian mengenai kebaikannya.  Contohnya, sebuah buku yang mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah diisikan ke dalam sebuah CD-R (cakera padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB.  Untuk pengetahuan, kapasiti CD-R 650MB ialah 681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1 ISO 9660.

Kad video dan kad grafik


Apa pentingnya kad video?

Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi.  Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor.  Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut.  Ada berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini.  Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk.  Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan.  Permainan komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup.  Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan penghantaran data graflk.  Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.  Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.

Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D.  Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi.  Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang hendak dilakukan.  Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi.  Kini setengah kad graflk diletakkan sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.


http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image044.jpg 

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP

Kad video slot ISA sudah pupus.  Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama.  Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.


Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image047.jpghttp://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image048.jpg 


Kad VGA bersepadu

Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti dalam rajah .

Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.




Monitor

Monitor dan radiasi
Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan.  Pertama sekali harus difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh merosakkan mata    si pengguna.  Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata.  Monitor keluaran baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.

Apa itu sindrom carpel tunnel?
Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome).  Elakkan dari berlakunya perkara ini    dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor juga terlibat secara langsung.  Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik.  E-mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat.  Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi yang boleh memakan diri.

CRT dan LCD
Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD.  Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih.  Monitor LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya.  Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali.  Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave).  Monitor CRT memerlukan keadaan ini.  Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital.  Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur.  Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang tajam.

Ukuran monitor
Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21".  Saiz monitor untuk penggl-na rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet.  Monitor yang bersaiz besar, baik dari segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar.  Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768 piksel atau lebih tanpa masalah.

Resolusi dan kedalaman warna
Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan.  Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna.  Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640 X 480 piksel (pixel) diperlukan.

Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced
Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira.  Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced.  Monitor interlaced menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris.  Kadar refresh (vertical frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya 75Hz.  'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini.  Kenapa sukatan Hz?  Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second).  Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik.  Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard.  Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

Dot pitch
Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah dot pitch pada monitor.  Dot pitch bermaksud ukuran emej tajam dalam kiraan mm (millimeter). Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam.  Dot pitch pada setiap monitor tidak boleh diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch 0.28mm boleh diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih rendah lagi dan tentunya mahal.  Contoh spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image050.jpg 

Monitor mana pilihan hati?

Akhir sekali untuk memilih monitor, cari yang berukuran 17" ke atas serta panel leper (flat), pastinya tidak akan menyesal nanti. Kalau. Mampu monitor LCD pilihan paling tepat.


http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image052.jpg 
ang aneh pada monitor, ukurannya dikekalkan dalam sukatan inci tidak mm (millimeter). Monitor berukuran 17 inci sudah mula menjadi pilihan pengguna rumah kerana harga yang berpatutan dan prestasi yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas skrin ke sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah 1.
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image054.jpg 

Untuk resolusi sebuah komputer pula dikira dari tepi skrin kiri hingga ke tepi skrin kanan seperti dalam rajah 2 iaitu 640 piksel (pixels).  Untuk melengkapkan ukuran resolusi dikira pula dari atas skrin hingga ke bawah Iskrin iaitu 480 piksel.  Skrin berkenaan dikatakan mempunyai resolusi 640 kali 480 piksel (640X480) dan ini boleh ditukar mengikut kemampuan monitor serta kad video yang digunakan.  Kedalaman warna (color depth) pada monitor adalah ketajaman gambar dan antaranya 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.



Tetikus dan papan kekunci

Tetikus
Tetikus dan papan kekunci masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan biasanya terdapat pada komputer yang berjenama.  Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2 tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya diperlukan.  Papan induk klon bentuk ATX sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan,

Kursor (cursor) di skrin monitor digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna.  Untuk memahirkan diri dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan percuma bersama sistem operasi Windows.  Tekan butang kiri bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti dalam rajah di bawah.  Begitu juga dengan arahan menekan butang kanan tetikus, bererti tekan sebelah kanan tetikus.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua_files/image055.jpg 


Papan kekunci kini banyak disediakan kekunci tambahan seperti kekunci berlogo Windows bagi mempersingkatkan sesuatu kerja.  Pemilihan papan kekunci, biarlah yang dapat memberi keselesaan sekiranya ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan.  Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu pelaburan yang tidak merugikan.