Perkakasan Komputer
Aksesori Papan Induk
Semasa mendapatkan papan induk, pastikan beberapa perkakasan
dibekalkan. Papan induk yang tidak ada VGA dan audio dibina di dalamnya
(built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan diberi. Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port
permainan yang berasingan seperti gambar (B) di bawah. Senarai penuh perkakasan seperti berikut:
— Papan induk
dan manual.
— Kabel-kabel
reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin
— Kabel reben
penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).
— Kabel reben
penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan atau kabel
penyambung port permainan sahaja.
— Kabel reben
penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).
— Cakera
padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad berkenaan
jenis bina dalam).
—
Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di papan
induk sekiranya ada kemudahan itu.
Pilihan 'ATX Form Card'

Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared' (IR), satu port
untuk tetikus PS/2 dan 2 port USB.
Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan pastikan sambungan
ATX ada dipapaninduk.
LAN Network Adapter
Extension
Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN Network Adapter
Extension Bracket) dan harus dibeli berasingan.
Pastikan juga papan induk ada sarnbungan berkenaan.


Kelebihan papan
induk ATX
Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci,
tetikus dan panggilan masuk dari modem, yang boleh disetkan di paparan
CMOS setup.

Jenis-jenis Papan Induk
Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih dan dibina
menjadi sebuah komputer klon. Kebanyakan
papan induk kini dalam bentuk ATX dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai panduan.
Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun
pupus kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk dengan huruf V, S, M dan L menunjukkan pada komponen
dibina di dalam papan induk berkenaan. Huruf V bererti kad video, S bererti kad bunyi (sound), M
bererti kad modem dan L bererti kad network (Line) atau kad rangkaian.
Jenama-jenama papan induk klon yang popular seperti Abit,
Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte dan lain-lain lagi.
CPU
Prosesor atau CPU yang pertama dicipta
Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300 transistor dan dipanggil cip 4004.
Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah tiga dekad, kini Intel harus
berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih 28 juta transistor dan
berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang popular terdiri dari Intel
dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang dikhaskan untuknya.. CPU
Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot I tetapi ditukar ke
Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz. Pentium II dan III
juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini prosesor
Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi menyokong
RAM yang berbeza.
AMD menggunakan Super 7
menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini, AMD mengeluarkan CPU
bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A untuk menyaingi Intel.
Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan informasi diproses dalam cip
tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan sesebuah komputer tidak
bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-komponen seperti jumlah RAM
kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan memori, jumlah RAM dan jenis
sambungan cakera keras harus diambil kira. Sekiranya salah satu komponen tidak
sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk penghantaran data antara CPU dan RAM,
tetapi memori yang digunakan yang dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan
satu suasana 'bottle-neck' dan sistem sesak.
CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)
Apa gunanya CPU?
CPU (central processing unit) adalah sebuah cip
yang bertindak sebagai pusat memproses segala data dalam komputer dan
kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT.
Kelebihan CPU masa kini, ia
mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju dengan
tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik
sesebuah komputer itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz
adalah sebanyak 128Kb. Biasanya maklumat
cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh
syarikat CPU itu dan juga di laman Web syarikat berkenaan.


Terdapat CPU yang dijual tanpa
kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil penjual (dealer) untuk
penjimatan kos. Harga CPU agak murah kerana
tiada bungkusan yang terlibat.
CPU direka dengan jenis socket
(papan induk) yang bersesuaian untuknya.
Socket 3 dalam rajah 2 digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali
mungkin masih digunakan di rumah-rumah.
Cara-cara pemasangan CPU Pentium
dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar ganti. CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan
induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir Papan induk Socket 478 direka
untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan berprestasi
sederhana. CPU AMD Athlon dan Duron
menggunakan papan induk Socket A.
CPU Intel dan AMD
Dua syarikat gergasi pembekal CPU
menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap
dan canggih. Setiap keluaran ditambah
ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran
senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan
penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.
Intel menggunakan rutin
optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan
3Dnow. Program-program yang mengguna MMX
dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang
berasaskan CPU Intel. Begitu juga
program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan
mencapai satu tahap yang terbaik.
Untuk membina sebuah komputer,
pemilihan CPU agak kritikal. Intel
mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan
pengguna-penggunanya pelbagai peringkat.
Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna
pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas
pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa.
Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4
dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat
masing-masing. Dari segi harga, AMD agak
rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.
Terpulang kepada individu memilih
CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang
ada. Harus diingat CPU saja tidak
memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi
perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya
RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan
beroperasi secara optimum.
Papan induk memainkan peranan
penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang
boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama
di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya.
Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU
dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di
pasaran.
Senarai papan induk yang pernah
muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran
masa. Walaupun sesetengah papan induk
dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya
kini kecuali terselit dimana-mana.


* Tanda bintang dan laman kelabu
rnenunjukkan senari papan induk dan CPU
terkini iaitu maklumat pada Sep200l.
FSB bermaksud Front Side Bus
iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan rnengambil data
sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.
Kotak komputer (Casing)
Kotak komputer datang dalam
beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi
melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya. Dua
bentuk kotak komputer yang ketara
ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak
komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung
yang baru serta saiznya agak lebar.
Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V.
Aksesori Kotak Komputer
Semasa mendapatkan kotak
komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah.
Kotak komputer dengan bekalan
kuasa 250 watt atau lebih
Kabel kuasa
4 lapik getah dan 4 plag kecil
Beberapa skru, penebat
(insulator), nat berkaki dan plag plastik


Rajah di atas menunjukkan
pandangan panel depan kotak komputer
berbagai bentuk.
Ada berbagai-bagai jenis kotak
komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower,
Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu
lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk
papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan
Desktop. Biasanya kotak komputer ATX
agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.
Diperhatikan tren kini, saiz
kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian
padat. Kebaikan tren berkenaan, ia
mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.

Voltan yang digunakan di Malaysia
ialah 240V AC dan mengiklit peratus antara +5% dan -10%, ia boleh berligar dari
216 V AC hingga 252 V AC.
Jangan sesekali menukarkan
ketetapan atau setting di belakang kotak bekalan kuasa kepada bacaan 112V
AC. Kebanyakan unit bekalan kuasa kini
sudah menghapuskan pilihan ini.
Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah
kotak komputer. Rajah B dan C
menunjukkan cara-cara pemasangan lapik getah berkenaan.
Unit Bekalan kuasa AT
dan ATX
Apa gunanya bekalan kuasa?
Seperti yang sedia maklum,
bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk
menjalankan kenderaan. Bekalan elektrik
dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan bekalan kuasa bateri. Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira
menyelamatkan keadaan. Bekalan kuasa
untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka
dalam satu kotak yang berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan
pertukaran sekiranya ada kerosakan.
Jangan sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi. Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri
kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan
memperbaikinya.
Fungsi bekalan kuasa komputer
adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V,
+12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu
disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca
bagt mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power
supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini memerlukan unit bekalan kuasa
sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas
kotaknya. Perhatikan keadaan ini jika
hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan. Ia juga dipanggil oleh para penjual komputer
sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4.
Kelebihan bekalan kuasa ATX
Output bekalan kuasa ATX
mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX
berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.


Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk
papan induk jenis AT. Terdapat antara
tiga atau empat sambungan kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak
kornputer.
Sekiranya ingin menambah
sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas. Sambungkan soket D ke plag B dan dua
sambungan kuasa akan bertambah.
Sambungan-sambungan kuasa untuk
papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX dipasang terus
ke papan induk

Ada tiga bahagian operasi dalam
unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter.
Transformer: Ia menurunkan voltan
240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan output masih dalam gelombang AC.
Rectifier: Ia menukarkan voltan
3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus
sama seperti gelombang AC.
Filter: Ia menapis gelombang dan
memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan.
Nota:
Voltan +3.3V dan -3.3V hanya
terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja.
Amaran
Jangan membuka penutup unit
bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup.
Sekiranya rosak, beri pada juruteknik komputer yang berpengalaman atau
tukar sahaja dengan yang baru.

RAM
Memory
RAM akronim bagi random access
memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat
menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari
cakera keras. Penyimpanan data di kad
RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan
terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar
oleh sistem dan bukan pengguna.
SIMM (72 pin) bererti single in-line memory
module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini
dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan
16MB atau 32MB dengan 32MB.
DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module,
sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di
slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti
16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.

RAM kecil A dalam rajah di atas
digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486. Ia mempunyai sebanyak 30 pin dan sekarang
tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus.
RAM B yang kedua sama ada jenis
Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out) mempunyai
sebanyak 72 pin. RAM EDO digunakan untuk
papan induk Pentium dan RAM FPM untuk papan induk 486.
RAM C dipanggil SDRAM mempunyai
sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370, Slot 1 dan
Pentium III. SDRAM ada beberapa jenis
kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz mengikut sistem bas di papan
induk. RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan
lagi atau dikira sudah pupus.
RAM Terkini
Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang
ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM.
Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak
digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di
papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi.
Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa
rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung
pelbagai RAM Yang kian canggih kini.
Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti
berikut:
SDRAM bererti synchronous dynamic RAM,
terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III. Dari segi harga ia paling murah di antara
ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi.
Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan
256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti
Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.
DDR-DRAM bererti double-data-rate
synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda
lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan
kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik
memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori
133MHz. Papan induk harus mampu
menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia
beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri.
RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia
lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDR-DRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia
digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk
CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti
Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.
Cakera keras dan
cakera liut
Apa pentingnya storan?
Sebuah komputer seharusnya
mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program
aplikasi, utiliti dan sebagainya. Di
sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang berwibawa.
Cakera keras
Cakera keras sebenarnya
menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca,
menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas
kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.
Ciptaan canggih ini ada banyak
kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa
pun, dari itu pergerakannya harus cermat.
Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah
kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau
sektor rosak. Bekas cakaran atau parut
ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan
setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis
Windows. Bekalan elektrik yang terputus
dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan
memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh
memanjangkan umurnya. Selalu lakukan
defrag atau penyusunan fail pada cakera keras.
Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan
kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang
padu.
Cakera liut atau
disket
Satu lagi storan yang masih
digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu
cakera liut. Cakera liut atau 'floppy
disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan dengan storan
lain. Walau bagaimanapun ia masih
digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil yang penting. Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia
mudah rosak. Perkara-perkara yang harus
diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar
matahari, debu, habuk rokok, air, sentuhan jari di permukaan cakera dan
timbunan sesuatu beban. Jika tidak
digunakan, masukkan disket ke dalam kotak asalnya.
Cakera keras
Apa yang hendak dicari pada
cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan
kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek
time). Contoh rpm, transfer rate dan
average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan
11 millisec mengikut susunan. Lagi
tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya.
-Pengeluar-pengeluar cakera keras yang popular ialah Seagate, Quantum, Maxtor,
Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-lain lagi. Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti
pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB tetapi tidak akan dibincangkan di
sini.

Pemacu cakera keras di atas
dibuka untuk melihat komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai demo
sahaja. Ia tidak harus dibuka sama
sekali.
Makna jargon ciri-ciri cakera
keras seperti berikut:
RPM bermaksud pusingan seminit
atau revolution per minute. Kelajuan
cakera keras kini sama ada 5400 atau 7200 pusingan seminit (rpm). Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan
cakera keras lebih cepat informasi dapat dicari.
Seek time bererti waktu diambil
oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam mencari
balapan (track) tepat di mana data disimpan.
Transfer rate bermaksud ukuran
kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.
IDE atau SCSI?
Ada dua IDE slot yang terdapat di
atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera
optik. Kabel reben 40 pin diperlukan
untuk tugas itu. Ada dua jenis kelajuan
cakera keras yang beraskan IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100. Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan
untuk permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah
dilengkapi BIOS menyokong antaramuka itu.
Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus
digunakan untuk sambungan tersebut.
SCSI pula memerlukan satu kad
antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak mahal untuk
pengguna rumah.
1 G (giga) bererti 1,000,000,000
(seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary digit), I
GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan
1,073,741,824 bait (bytes) Satu bait
terdiri dari 8 bit. Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu
'bait’ ialah satu huruf, angka atau aksara (character).
Apa yang mengelirukan?
Kekeliruan bacaan jumlah bait
cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan. Contohnya, sebuah cakera keras bermuatan
10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows. Apa yang sebenarnya teriadi? Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai
1,000,000 bait dan bagi fdisk pula yang menggunakan sistem binary, jumlah bait
sebanyak 1,048,576 tepat. Bila dibahagi
10.2GB iaitu 10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan
9.727GB saja. Apa yang dikesan oleh
Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh
sektor but dan fail-fail sistem FAT.
Pemacu cakera liut
Pemacu cakera liut
Pemacu cakera liut 1.44Mb
memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan
memadam. Kerosakan perkakasan berkenaan
biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci dengan cecair kimia
khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer. Kalau tidak berjaya, sambungan kabel reben
antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan
kemas. Periksa di Menu CMOS untuk
memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi. Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya
pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.
Penjagaan pemacu cakera liut

Cara #1
Satu atau dua titik cecair kimia
seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket. Dapatkan prom DOS, pilih pemacu A dan setelah
masukkan disket pencuci, tekan Enter.
Cara # 2
Sekiranya sudah dalam Windows,
klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen dalam sistem
operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia
beroperasi.
Dua perkakasan yang boleh
dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah
cakera keras dan pemacu disket.
Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut
masih setia dengan disket tradisinya iaitu disket 1.44MB.
Cakera keras
Cakera keras dianggap sebagai
sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu perisian. la
diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras
berkenaan boleh memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan
aksara.
Pemacu cakera liut atau pemacu
cakera layut
Perkakasan kedua ialah pemacu
cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la
sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu
storan iaitu disket 1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B
dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis.
Bahasa komputer: Apa
itu bit dan apa itu bait?
Komputer akan berkomunikasi
dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital. Litar logik yang mengandungi kumpulan
transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala
dan padam. Keadaan 'On' atau 'Off ini
dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer. Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) yang
bererti satu huruf, angka dan aksara.
Jumlah kombinasi lapan bit ini mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan
dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard Code for
Information Interchange.
Bit dan bait
Terdapat berbagai-bagai nama bait
seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya, 1KB bererti
1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa. Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10 (2 X
2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait.
Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit sehingga 1GB dan jumlah
bait sebenar.

Memahami binary penting kerana
kebanyakan perkakasan dalam komputer sedikit sebanyak akan menyentuh
mengenainya. Perkakasan seperti memori
(RAM), RAM di kad video, storan cakera keras, cakera padat (CD) dan cache di
papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian mengenai
kebaikannya. Contohnya, sebuah buku yang
mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah diisikan ke dalam sebuah CD-R (cakera
padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB. Untuk pengetahuan, kapasiti CD-R 650MB ialah
681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1 ISO 9660.
Kad video dan kad
grafik
Apa pentingnya kad video?
Tanpa kad video dalam komputer,
monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi.
Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital
ke monitor. Kad video slot tambahan
mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina
dalam kad tersebut. Ada berbagai-bagai
jenis kad video yang boleh dipilih kini.
Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang,
kad video dibina terus dalam papan induk.
Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna
biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer memerlukan kad grafik yang
boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang
menampakkan emej secara blok dan seperti hidup.
Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi
melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan
penghantaran data graflk. Permainan 3D
dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik
untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain
lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.
Tiga aspek kad video yang harus
diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada
output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan
biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D
pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi.
Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang
hendak dilakukan. Kad graflk dengan RAM
sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan
kepantasan beroperasi. Kini setengah kad
graflk diletakkan sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk
melaksanakan tugas berat itu.

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI
dan AGP
Kad video slot ISA sudah
pupus. Kad video slot PCI mungkin
mengikut jejak yang sama. Kini kad
grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang
tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer
dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.
Terdapat juga kad video bersepadu
dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam
akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai
contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal
28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak
4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.


Kad VGA bersepadu
Semasa membuat pembelian kad
video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual dan fail
driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.
Papan induk yang mempunyai kad
video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti dalam
rajah .
Akhir sekaii, pastikan jenama kad
seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-ROM untuk
pemasangan yang betul dan tepat nanti.
Monitor
Monitor dan radiasi
Monitor merupakan salah satu
peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Pertama sekali harus difikirkan tentang sinar
radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh
merosakkan mata si pengguna. Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit
atau sekadarnya untuk kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh
meringankan sedikit keletihan mata.
Monitor keluaran baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.
Apa itu sindrom carpel tunnel?
Bila tangan dan pergelangan
tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan
komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel
syndrome). Elakkan dari berlakunya perkara
ini dengan mengambil masa untuk rehat
dan sekaligus boleh meredakan ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus
menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor juga terlibat secara
langsung. Bebanan teknologi yang berterusan
harus dikurangkan secara realistik.
E-mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat. Latihkan diri berhati-hati dengan aliran
teknologi yang boleh memakan diri.
CRT dan LCD
Monitor boleh dibahagikan kepada
2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod
(cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu
yang bertambah baik dan canggih. Monitor
LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal
dan agak mahal harganya. Ada beberapa
kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi,
kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat
comel sekali. Isu keserasian meniadi
topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor
masih dalam gelombang analog (analogue wave).
Monitor CRT memerlukan keadaan ini.
Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam
dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses
grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor
menjadi kabur. Hati-hati semasa membeli
monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang
tajam.
Ukuran monitor
Monitor datang dengan
berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan
21". Saiz monitor untuk penggl-na
rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan
untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet. Monitor yang bersaiz besar, baik dari segi
resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar.
Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768 piksel atau lebih tanpa
masalah.
Resolusi dan kedalaman warna
Prestasi resolusi juga bergantung
kepada jenis kad video yang digunakan.
Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat
penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16
colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color
bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna. Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit
color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan
kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki.
Untuk melayari laman web di Internet dan untuk sesetengah permainan komputer,
ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640 X 480 piksel
(pixel) diperlukan.
Monitor CRT bercorak interlaced
dan non-interlaced
Selain perkara di atas, ada dua
corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan
kedua non-interlaced. Monitor interlaced
menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula
setiap baris. Kadar refresh (vertical
frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin
dalam sukatan misalnya 75Hz. 'Flicker'
pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini. Kenapa sukatan Hz? Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa
maksud Pusingan sesaat (cycle per second).
Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam
setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah
ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia
diterima sebagai satu sukatan standard.
Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna
merasa pening dan tidak selesa.
Dot pitch
Satu lagi perkara yang harus
diambil kira ialah dot pitch pada monitor.
Dot pitch bermaksud ukuran emej tajam dalam kiraan mm (millimeter).
Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam. Dot pitch pada setiap monitor tidak boleh
diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch 0.28mm boleh
diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih
rendah lagi dan tentunya mahal. Contoh
spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.

Monitor mana pilihan hati?
Akhir sekali untuk memilih monitor,
cari yang berukuran 17" ke atas serta panel leper (flat), pastinya tidak
akan menyesal nanti. Kalau. Mampu monitor LCD pilihan paling tepat.

ang aneh pada monitor, ukurannya
dikekalkan dalam sukatan inci tidak mm (millimeter). Monitor berukuran 17 inci
sudah mula menjadi pilihan pengguna rumah kerana harga yang berpatutan dan
prestasi yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas skrin ke
sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah 1.

Untuk resolusi sebuah komputer
pula dikira dari tepi skrin kiri hingga ke tepi skrin kanan seperti dalam rajah
2 iaitu 640 piksel (pixels). Untuk
melengkapkan ukuran resolusi dikira pula dari atas skrin hingga ke bawah Iskrin
iaitu 480 piksel. Skrin berkenaan
dikatakan mempunyai resolusi 640 kali 480 piksel (640X480) dan ini boleh
ditukar mengikut kemampuan monitor serta kad video yang digunakan. Kedalaman warna (color depth) pada monitor
adalah ketajaman gambar dan antaranya 16 colors, 256 colors, 16-bit color,
24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.
Tetikus dan papan
kekunci
Tetikus
Tetikus dan papan kekunci
masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial
mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan
biasanya terdapat pada komputer yang berjenama.
Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2
tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya
diperlukan. Papan induk klon bentuk ATX
sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan,
Kursor (cursor) di skrin monitor
digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna.
Untuk memahirkan diri dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan
bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan percuma bersama sistem
operasi Windows. Tekan butang kiri
bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti dalam rajah di bawah. Begitu juga dengan arahan menekan butang
kanan tetikus, bererti tekan sebelah kanan tetikus.

Papan kekunci kini banyak
disediakan kekunci tambahan seperti kekunci berlogo Windows bagi
mempersingkatkan sesuatu kerja.
Pemilihan papan kekunci, biarlah yang dapat memberi keselesaan sekiranya
ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan.
Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu pelaburan yang tidak
merugikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan