PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI
1.0 PENDAHULUAN
Pencapaian
Pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru,
pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau
penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT
dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan
kemahiran mereka.
Briged
Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan
ICT
di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang
berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan
demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat
daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan
komputer.
2.0 RASIONAL
Memandangkan
wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Pembestarian Sekolah,
Briged
Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin. Komitmen pelajar bukan hanya
terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi
merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada
semua warga sekolah dan masyarakat umum.
3.0 MATLAMAT
Briged
Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian
Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar. Program ICT
semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini,
sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.
4.0 OBJEKTIF
Antara
objektif penubuhan Briged Bestari:
4.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan
kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah.
4.2 Menjadi agen penggerak bagi membantu
melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.
4.3
Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang
ICT.
4.4 Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi
maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk
kegunaan positif.
4.5 Memberi peluang kepada pelajar berkongsi
kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran
Mereka dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.
5.0 FUNGSI
Antara fungsi penting Briged Bestari:
5.1
Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.
5.2
Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.
5.3 Membantu menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
5.4 Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang
mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.
5.5 Membantu kerja-kerja penyenggaraan
perkakasan ICT (Preventive Maintenance).
5.6 Membantu menyebarkan maklumat terkini
berkaitan Program Pembestarian Sekolah.
5.7 Membantu memastikan program ICT di sekolah
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancer sebagaimana
yang telah dirancangkan.
6.0 APLIKASI YANG PERLU DIKUASAI AHLI-AHLI BRIGED BESTARI
Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi
berikut
6.1 Emel
6.2
Internet
6.3
Kolaborasi ;Think.com, Project-Based Learning (PBL)
6.4
Pemprosesan perkataan (MS Word)
6.5
Hamparan Elektonik (MS Excel)
6.6
Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)
6.7
Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)
6.8
Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)
7.0 KEANGGOTAAN
7.1 Syarat Pemilihan
7.1.1 Pelajar sekolah yang berkenaan.Jumlah ahli
antara 20 hingga 25 orang yang diwakili oleh pelajar setiap tingkatan di
sekolah menengah atau tahap dua di sekolah rendah.
7.1.2
Berminat serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi
(ICT)
7.1.3 Memiliki rekod akademik yang baik
7.1.4 Mempunyai rekod disiplin yang baik.
7.2 Prosedur Pemilihan
7.2.1Pemilihan
pelajar atau ahli berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.
7.2.2Pelajar yang dicalonkan akan menghadiri
sesi temuduga yang akan
dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih.
7.2.3 Sekurang -kurangnya seorang pelajar
daripada setiap kelas dan perlu memenuhi syarat ditetapkan.
7.2.4Pelajar - pelajar yang terpilih akan
dilantik oleh pihak sekolah.
7.2.5 Keutamaan diberi kepada pelajar yang tidak
memegang sebarang jawatan badan khas
lain di sekolah.
7.3 Insentif Keanggotaan
Keanggotaan Briged Bestari memberikan insentif
berikut kepada pelajar:
7.3.1Berpeluang untuk mempelajari dan mengendalikan peralatan teknologi maklumat
dan komunikasi terkini.
7.3.2Berpeluang menyertai aktiviti -aktiviti
yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam dan di luar
sekolah.
7.3.3Pengiktirafan dan penghargaan yang sesuai
sebagai galakan kepada ahli Briged Bestari
7.3.4Diberi keutamaan untuk menggunakan
kemudahan ICT di sekolah.
7.4 Kelayakan Minimum Literasi Calon Briged Bestari
Bagi
memastikan pelajar yang layak menyertai Briged Bestari, mereka perlu mencapai
kelayakan minimum literasi komputer.
7.4 Sekolah Menengah
7.4.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam
mengendalikan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus, pencetak dan
sebagainya termasuk fungsinya.
7.4.2Berkemahiran dan berpengetahuan dalam
menggunakan beberapa perisian asas seperti
MS
Word ,MS Powerpoint dan MS Excel
7.4.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam
perisian asas grafik,multimedia dan laman web.
7.4.4 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam
penyenggaraan asas komputer.
7.4.5 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam
melayari internet dan
8.0 BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI
8.1 Penasihat
8.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa
pelajar Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan
lancar.
8.1.2 Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap
pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian
Teknologi Pendidikan/Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah..
8.1.3 Mengenalpasti dan seterusnya membantu
menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
8.2 Penyelaras
8.2.1 Merancang dan mengawasi pelaksanaan aktiviti
Briged Bestari.
8.2.2 Memastikan aktiviti berkaitan Briged
Bestari berjalan lancar.
8.2.3 Melatih ahli Briged Bestari dalam
penggunaan aplikasi di sekolah.
8.2.4 Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti
Briged Bestari.
8.2.5 Memeriksa tahap keselamatan semasa
perkakasan, perisian dan data.
8.3 Pengerusi
8.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada
Guru Penyelaras Briged Bestari.
8.3.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau
mesyuarat Briged Bestari.
8.3.3 Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi
membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.
8.3.4
Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program Pembestarian Sekolah.
8.3.5 Merancang, menyelaras dan menjalankan
aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.
8.4 Timbalan Pengerusi
8.4.1 Bertanggungjawab kepada arahan Guru
Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika
ketiadaan Pengerusi.
8.4.2 Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya dan menyediakan laporan.
8.4.3 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan
tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.
8.5 Setiausaha
8.5.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan
Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.
8.5.2 Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged
Bestari.
8.5.3 Mencatat dan merekod minit mesyuarat
Briged Bestari.
8.5.4 Mengenalpasti dan seterusnya membantu
menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
8.6 Penolong Setiausaha
8.6.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan
Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.
8.6.2 Mengambil alih tugas Setiausaha semasa
ketiadaannya dan membuat laporan.
8.6.3 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan
tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.
8.7 Bendahari
8.7.1 Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras
tentang urusan kewangan.
8.7.2 Menguruskan sumbangan dan derma.
8.7.3 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
8.7.4 Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru
Penyelaras.
8.7.5 Menyediakan laporan semasa kewangan untuk
dibentang dalam mesyuarat.
8.8 Ahli Jawatankuasa
8.8.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru
Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Briged
Bestari.
8.8.2 Membantu
Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.
8.8.3 Melibatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.
8.9 Tugas-tugas Biro
8.9.1 Biro Infrastruktur
Teknologi
Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro
(kertas kerja,implikasi kewangan, carta Gantt)
Memastikan penggunaan peralatan ICT yang
dibekalkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Memastikan peralatan ICT yang dibekalkan sentiasa
berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada
di sekolah.
Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang
ada di sekolah.
8.9.2 Biro Latihan
Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro
(kertas kerja, implikasi kewangan, carta Gantt)
Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan
atau kursus yang berkaitan dengan aplikasi di sekolah dan penggunaan ICT.
8.9.3 Biro Dokumentasi dan
Penerbitan
Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro
(kertas kerja, implikasi kewangan, carta Gantt)
Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap
aktiviti yang dilaksanakan oleh Briged Bestari.
Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti Briged
Bestari.
8.9.4 Biro Laman Web
Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro
(kertas kerja,implikasi kewangan, carta Gantt)
Membangun dan mengemas kini laman web rasmi
sekolah.
Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan
atau persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman
web pertubuhan mereka.
8.9.5 Biro Komunikasi dan
Perhubungan Awam
Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro
(kertas kerja, implikasi kewangan, carta Gantt)
Menjadi wakil
dalam menyampaikan maklumat yang
berkaitan Briged Bestari.
9.0 AKTIVITI BRIGED BESTARI
9.1 Aktiviti Khusus
9.1.1 Mengadakan kursus dan latihan berkenaan
ICT kepada ahli Briged Bestari dan warga sekolah.
9.1.2 Membantu tugas guru-guru memasukkan data
(yang dibenarkan).
9.1.3 Membantu menguruskan bilik operasi
mengikut jadual.
9.1.4 Membantu penyenggaraan (Preventive Maintenance)
prasarana ICT.
9.1.5 Membantu penyelenggaraan prasarana ICT.
9.1.6 Membantu guru-guru menggunakan peralatan ICT
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
9.2 Aktiviti Sampingan
9.2.1 Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan
yang sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.
9.2.2 Mendokumentasikan setiap aktiviti khas
yang telah dijalankan oleh sekolah.
9.2.3 Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai
penyampai maklumat kepada pelawat.
9.2.4 Membantu mengendalikan kursus asas
literasi komputer kepada warga sekolah.
9.2.5 Membantu pengambilan gambar digital/video
untuk profil pelajar dan aktiviti sekolah.
9.2.6 Mengadakan lawatan sambil belajar bagi
tujuan penanda aras.
10.
PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA
10.1 Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari
perlu diadakan dalam satu
mesyuarat yang dihadiri oleh sekurang-kurang dua
pertiga daripada jumlah ahli.
10.2 Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu
penasihat Briged Bestari dengan kuasa yang ada padanya boleh membenarkan
mesyuarat dijalankan walaupun kehadiran ahli kurang dari majority sebagaimana
yang dikehendaki.
11.
PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK
11.1 AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan
apabila:
Tidak
lagi menjadi warga sekolah
Didapati
bersalah dalam kes disiplin yang berat
Tidak
dapat melaksanakan tugas dengan baik
Meletak
Jawatan
11.2 Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui
mesyuarat khas sekurang-kurangnya 2 atau 3 ahli yang hadir bersetuju dengan
pengguguran/pemecatan tersebut.
11.3 Pengguguran/pemecatan berlaku secara automatik
apabila pelajar tidak lagi menjadi warga sekolah atau meletak jawatan.
11.4 AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau
ahli untuk memegang jawatan AJK yang gugur/dipecat sehingga mesyuarat pemilihan
AJK yang berikutnya.
11.5. Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat
persetujuan Penyelaras dan dimaklumkan kepada Penasihat.
12.
PERJUMPAAN BRIGED BESTARI
12.1 Mesyuarat Tergempar
12.1.1 Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan
pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan mustahak apabila sesuatu tindakan
segera perlu diambil mengenai sesuatu isu yang berbangkit atau perkara yang
melibatkan ahli atau Briged Bestari ini.
12.2 Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasa
12.2.1 Jawatankuasa badan ini hendaklah mengadakan
perjumpaan atau mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu bulan
dengan tujuan untuk berhubung serta berbincang demi kepentingan Briged Bestari
serta ahli-ahlinya.
12.2.2 Dalam setiap mesyuarat jawatankuasa, kehadiran
pengerusi atau timbalannya, dan enam anggota lain adalah dianggap mencukupi
korum, dan mesyuarat tersebut boleh dijalankan.
12.3 Minit-minit Mesyuarat
12.3.1 Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan
direkodkan dengan baik oleh setiausaha atau jika ketiadaannya oleh penolong
setiausaha.
13.
TABUNG BRIGED BESTARI (JIKA PERLU)
13.1 Sumber Kewangan
13.1.1 Sumbangan ahli
13.1.2 Sumbangan dari sector swasta, individu atau
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
13.1.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.
13.2 Akaun
13.2.1 Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah
kepada Penyelaras.
13.3 Pembelanjaan
13.3.1 Setiap perbelanjaan yang hendak dikeluarkan
mesti mendapat kelulusan daripada Penyelaras.
13.3.2 Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera
diperlukan yang tidak memungkinkan untuk dipanggil mesyuarat serta merta, maka
atas nasihat Penyelaras, boleh dengan kuasa yang ada padanya meluluskan
seberapa banyak perbelanjaan yang diperlukan mengikut peruntukan yang
dibenarkan oleh Undang-undang Kecil briged Bestari.
14.
PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI
14.1 Briged Bestari ini dari semasa ke semasa
hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivitinya sendiri untuk
menjadikan Briged Bestari ini sebuah organisasi yang bergerak aktif dan
dinamis.
14.2 Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian
dalam projek dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain di sekolah ini
atau di sekolah lain.
14.3
Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi cerian 14.2 di atas
boleh sama ada dibuat menerusi mesyuarat biasa atau tergempar oleh ahli
jawatankuasa. Keputusan itu hanya memerlukan suara majority mudah dan tidaklah
memerlukan suara majority dua pertiga.
14.4
Berkaitan cerian 14.2 dan 14.3, Penyelaras mempunyai kuasa penuh bagi memberi
kata putus selepas dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung.
15. PINDAAN PERLEMBANGAAN
15.1
Sebarang pndaan perlembangaan ini hendaklah diluluskan dengan suara majority
dua pertiga oleh AJK setelah dipersetujui oleh Penyelaras.
16.
TARIKH PERLEMBANGAAN DIGUBAL DAN TARIKH BERKUAT KUASA
16.1 Perlembangaan ini telah digubal pada 1 Januari
2012 dan mula berkuat kuasa pada tarikh digubal.
17.
PEMAKAIAN PERLEMBANGAAN
17.1 Perlembangaan ini hendaklah digunakan dengan
sahnya. Sebarang Perlembangaan Briged Bestari
sebelum ini, jika ada, hendaklah terbatal setakat yang berlawan dengan
perlembangaan ini.
KELAB BRIGED BESTARI 2012
BalasPadam